suria

ARRC: Zaqhwan Intai Podium Di Litar Autopolis

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Mohd Zaqhwan Zaidi berharap dapat meneruskan rentak cemerlang pada pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) di Litar Antarabangsa Autopolis, Jepun, hujung minggu ini.

Pelumba pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing itu melakar kejutan apabila meraih kejuaraan sulung dalam kategori Supersports 600cc selepas memenangi perlumbaan kedua pada pusingan kedua ARRC di Litar Antarabangsa Sentul,Indonesia, Jun lepas.

Pelumba berusia 19 tahun sebelum itu hanya meraih kedudukan keenam daripada22 pelumba pada perlumbaan pertama di litar berkenaan.

"Kemenangan di Indonesia telah meningkatkan keyakinan saya namun saya tidakmahu terlalu yakin dapat mengulangi pencapaian serupa, cukuplah jika dapat menjejakkan kaki di atas podium," kata Mohd Zaqhwan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukannya, Khamis.

"Ia merupakan kemenangan pertama saya sejak mula beraksi dalam kelas ini. Jika mampu meraih beberapa kejayaan lagi, barulah saya akan meletakkan diri saya sebaris dengan pencabar utama lain," katanya.

Dia optimis mampu meneruskan momentum kemenangan pada aksi di LitarAutopolis sepanjang 4.673 km, yang dijangka memberi kelebihan kepada pelumba tuan rumah, Katsuaki Fujiwara daripada pasukan BEET Kawasaki Racing.

Selepas dua pusingan perlumbaan, Mohd Zaqhwan berada di tangga keempat kategori Supersports 600cc dengan kutipan 46 mata manakala rakan sepasukannya, Mohd Zamri Baba masih mengekalkan kedudukan pendahulu dengan 66 mata.

Pelumba Indonesia, H. A Yudhistira yang mewakili pasukan Manual Tech KYTKawasaki Racing berada di tangga kedua dengan 59 mata manakala Fujiwara ditangga ketiga dengan 49 mata. 

Artikel Sebelum

Artikel Lain