suria

Qnet Tandatangan Perkongsian Dengan Manchester City

KUALA LUMPUR: QNET, syarikat jualan langsung Asia telah menandatangani perkongsian selama tiga tahun dengan juara Liga Perdana Inggeris 2013/2014, Manchester City.

Perjanjian itu adalah untuk menjadi rakan jualan langsung rasmi kelab berkenaan dengan penajaan untuk beberapa faedah penjenamaan serta perkongsian tanggungjawab sosial korporat.

QNET adalah anak syarikat jualan langsung antarabangsa, QI Group yang diterajui usahawan Malaysia, Datuk Seri Vijay Eswaran.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, usaha itu akan menawarkan platform strategik kepada QNET bagi meningkat jenamanya serta jangkauan meluas untuk perwakilan bebasnya serta pelanggan di seluruh dunia.

"Kami sangat gembira dengan perkongsian dengan Manchester City. Tentunya, ia adalah hubungan yang tepat dan penting di antara kedua-dua jenama yang berminat untuk menghadapi sebarang cabaran bagi mencapai kejayaan.

"Perkongsian yang kami jalin dengan kelab itu melampaui faedah penjenamaan kerana kami bekerjasama rapat dalam banyak inisiatif, termasuk aktiviti tanggungjawab sosial korporat melalui Yayasan RYTHM kami dan meningkatkan standard bola sepak di Asia menerusi klinik kejurulatihan serta pelbagai peluang latihan," tambahnya.

Vijay berkata, syarikat itu teruja dengan perkongsian itu kerana Manchester City mempunyai sejarah gemilang dalam sejarah bola sepak Inggeris dan semangat kelab itu akan terserlah dalam usaha QNET untuk mencapai kejayaan.

Di antara faedah yang akan diperoleh QNET ialah kehadiran penjenamaan yang kukuh di Stadium Etihad dan di platform digital, di samping beberapa peluang melibatkan penyokong City di seluruh dunia.


Qnet, Manchester City

Artikel Lain