suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pepe Reina Disahkan Sertai Bayern Munich

Pepe Reina. Foto EPA

PENJAGA gol Liverpool Pepe Reina akan melengkapkan perpindahan bernilai £2 juta (RM10.76 juta) dengan Bayern Munich, kata Ketua Pegawai Eksekutif kelab Jerman itu, Karl-Heinz Rummenigge.

"Benar kita telah membuat persetujuan," kata Rummenigge yang merupakan bekas penyerang pasukan Jerman di Portaland, Oregon semasa jelajah Bayern Munich di Amerika Syarikat (AS).

"Reina adalah penjaga gol baharu kami. Dia sangat berpengalaman dan berminat datang ke Munich, walaupun Manuel Neuer adalah penjaga gol nombor satu."

Reina dikaitkan dengan AC Milan dan Napoli, apabila dipinjamkan pada musim lalu.

Dia yang mempunyai 33 cap untuk pasukan Sepanyol, membantu Napoli menamatkan pada kedudukan ketiga dalam perlawanan Serie A Itali dan melayakkan dalam Liga Juara-Juara.



Artikel Sebelum

Artikel Lain