suria

Man United Lwn Liverpool, Bukan Perlawanan Persahabatan - Fletcher

PERTEMUAN antara Manchester United menentang Liverpool pada final saingan Piala Juara Antarabangsa di Florida pada Isnin mungkin dianggap perlawanan pramusim dan sekadar memanaskan badan.

Tetapi anggapan itu telah lenyap apabila dua kelab yang saling bermusuhan bakal bertemu pada satu perlawanan akhir.

Bouncing back: United have been impressive in America with Ashley Young in particular playing well

Gaya permainan bermati-matian oleh setiap pasukan juga bukan lagi harapan penyokong yang mahukan satu perlawanan sengit tetapi kini menjadi azam para pemain kedua-dua pasukan.

Menurut media England, pertembungan dua gergasi itu turut membuatkan peminat Liga Perdana Inggeris kini lupa seketika tentang perlawanan Perisai Komuniti di Stadium Wembley pada Ahad.

Pandangan mereka setiap hari terarah ke Amerika Syarikat bagi mengetahui persediaan dua kelab berkenaan.

Keadaan itu turut merunsingkan Ketua Eksekutif Liga Perdana, Richard Scudamore yang menjadi arkitek kepada liga tersebut supaya terus mendapat perhatian dunia.

Spot on: Darren Fletcher said that 'when United play Liverpool, it is always a big deal'

Pemain tengah United, Darren Fletcher berkata, "Ini perlawanan United bertemu Liverpool. Saya tahu ia cuma perlawanan pramusim dan kejohanan musim panas, tetapi apabila United menentang Liverpool, ia sentiasa menjadi pertembungan besar.

"Kami ingin menang setiap perlawanan dan ia tidak berbeza bila bertemu Liverpool. Perkara pokok ialah kami ingin menang dan mengembalikan moral.

Dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada musim lalu, United dimalukan Liverpool 0-3 di laman sendiri dan ia antara penyebabkan kelab berkenaan perlu menang dalam pertemuan kali ini.

Shock to the system: United were thrashed 3-0 by Liverpool last season and finished 20 points behind them

Liverpool, Manchester United

Artikel Lain