suria

PM Ucap Syabas Kepada Beregu Badminton

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengucapkan tahniah kepada beregu lelaki dan wanita skuad badminton negara yang menyumbang emas kelima dan keenam Malaysia dalam temasya Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland.

"Lagi dua emas! Syabas pasukan badminton beregu lelaki dan wanita Malaysia #Glasgow2014," kata Najib dalam catatan laman Twitter beliau.

Pingat emas kelima Malaysia hadir menerusi beregu wanita Vivian Khoo-Woon Khe Wei yang mengetepikan Jwala Gutta-Ashwini Ponnappa dari India dengan keputusan 21-17, 23-21.

Beregu lelaki negara, Tan Wee Kiong dan Goh V Shem pula mempertahankan pingat emas Sukan Komanwel dengan menewaskan wakil Singapura Danny Chrisnanta-Chayut Triyachart, 21-12, 12-21, 21-15.

Malaysia mengakhiri temasya Sukan Komanwel 2014 Glasgow di tangga ke-12 dengan enam emas, tujuh perak dan enam gangsa. 


Glasgow, Badminton

Artikel Lain