suria

Sami Khedira Bakal Diumum Pemain Baharu Arsenal

Sami Khedira. Foto EPA

SAMI Khedira dijangka akan diumumkan sebagai pemain baharu Arsenal di London pada Isnin, menurut beberapa laporan.

Pemain tengah Real Madrid itu dikaitkan dengan langkah pasukan yang digelar 'The Gunners' untuk mendapatkan pemain baharu selepas beberapa berita dalam media Sepanyol yang menyatakan bahawa Los Blancos telah bersetuju dengan bayaran yuran £19.8 juta (RM107.67 juta) dengan kelab utara London itu.

Walaupun ejen Khedira menegaskan bahawa pelanggannya tidak terbabit dalam rundingan bersama Arsenal, blog bola sepak CaughtOffside mendakwa bahawa Stadium Emirates telah bersetuju dengan terma-terma dengan pasukan Jerman dan akan mengesahkan mengenai pemain berkenaan pada Isnin, waktu tempatan.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, yang ditanya mengenai Khedira pada Sabtu bagaimanapun enggan mendedahkan mana-mana pemain yang disasarkannya untuk perpindahan ke pasukan lain dalam beberapa bulan akan datang.

"Saya tidak akan beritahu sebarang nama kepada anda," kata Wenger kepada para pemberita.

"Kami masih lagi aktif. Kadang-kadang pemain yang anda mahu itu terlalu lambat untuk diperoleh. Anda akan lakukan tawaran apabila sesuai waktunya."

Sami Khedira, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Lain