suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanchez Gembira Sarung Jersi Arsenal

Alexis Sanchez.

PENYERANG Barcelona, Alexis Sanchez sah menjadi milik Arsenal dengan nilai perpindahan 30 juta pound (RM164juta).

Sanchez meninggalkan percutiannya selepas berakhir Piala Dunia dengan terbang ke London bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

Pemain berusia 25 tahun ini menandatangani kontrak selama empat tahun dengan gaji bernilai £140,000 seminggu (RM764,653).

Bintang Chile ini menjadi perhatian selepas selepas aksi mantap di Brazil dan Arsenal percaya Sanchez mampu memenuhi impian The Gunners untuk menjulang trofi liga musim baharu nanti.

"Saya sangat gembira menyertai Arsenal yang dibimbing dengan pengurus hebat, skuat yang bagus, penyokong setia dan stadium terbaik di London", jelas Sanchez.

"Saya tidak sabar untuk bertemu dengan rakan-rakan sepasukan dan bermain untuk Arsenal di liga perdana dan Liga Juara-Juara.

"Saya akan beri fokus sepenuhnya kepada Arsenal dan membuat semua penyokong gembira".

Alexis Sanchez, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain