suria

Arsenal Dapatkan Mathieu Debuchy Ganti Bacary Sagna

Mathieu Debuchy kecewa selepas pasukan Perancis tewas kepada Jerman dalam saingan suku akhir Piala Dunia pada Sabtu.

PEMAIN Perancis, Mathieu Debuchy dijangka akan menjalani pemeriksaan perubatan di Arsenal dalam beberapa hari lagi selepas The Gunners dan Newcastle mencapai persetujuan berhubung yuran perpindahan.

Arsenal meletakkan sebagai Debuchy pengganti kepada Bacary Sagna sejak beberapa minggu lalu disamping mengadakan perbincangan dengan Newcastle.

Newcastle dilaporkan telah menerima tawaran Arsenal sebanyak £7.9 juta untuk mendapatkan pemain berusia 28 tahun itu.

Pemindahan pemain itu dijangka akan selesai dengan lebih cepat apabila skuad Perancis ditunjukkan jalan keluar oleh Jerman pada saingan suku akhir awal pagi Sabtu.

Bagi menggantikan Debuchy, Newcastle kini sedang mengadakan perbincangan dengan Feyenoord untuk mendapatkan Daryl Janmaat dan pemain Manchester City, Micah Richards.

Perancis, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain