Tiket itu sekali gus membawa juara kumpulan C itu beraksi buat pertama kali di pentas suku akhir sepanjang penampilannya di Piala Dunia.
Colombia mengambil peluang terhadap Uruguay yang tempang tanpa Luis Suarez yang digantung daripada beraksi selama empat bulan.
Rembatan James Rodriguez dari luar kotak penalti pada minit ke-28 meletakkan Colombia di hadapan.
Uruguay, walaupun tidak pernah jemu melakukan serangan harus akur dengan nasib mereka apabila Rodriguez sekali lagi menyumbat gol kedua pada babak kedua perlawanan, pada minit ke-50.
Gol kedua Rodriguez sekali gus mengangkat pemain itu sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia 2014 setakat ini dengan jumlah lima gol.
Uruguay jelas tidak bernasib baik apabila terlepas banyak peluang menjaringkan gol baik pada babak pertama perlawanan mahu pun pada babak kedua.


