suria

Terbuka Australia: Thien How-Boon Heong Wakil Tunggal Negara Ke Separuh AKhir

Thien How Kanan) dan Boon Heong mara ke separuh akhir Terbuka Australia, Sabtu.

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Hoon Thien How danTan Boon Heong menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Australia di Sydney, Australia.

Pada aksi suku akhir Jumaat, Hoon dan Tan diberi tentangan sengit oleh beregu dari China, Cai Yun dan Kai Lu sebelum mencatat kemenangan 23-21 dan21-16 dalam masa 47 minit, demikian menurut laman sesawang Persekutuan BadmintonDunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Hoon dan Tan bagaimanapun akan berdepan laluan getir pada separuh akhir esoksetelah dijadual bertemu pilihan keempat dari Korea Selatan, Yoo Yeon Seong dan Lee Yong Dae.

Pasangan kedua dunia itu mara selepas menundukkan satu lagi beregu negara,Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dengan keputusan 21-15 dan 24-22 pada satu lagi aksi suku akhir.

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Lai Pei Jing gagal melangkah ke separuh akhir selepas kecundang kepada pilihan kelima dariThailand, Sudket Prapakamol dan Saralee Thoungthongkam dengan keputusan 11-21dan 15-21.

Pasangan Thailand itu akan menentang wakil Jerman, Michael Fuchs dan Birgit Michels yang mengalahkan gandingan Korea Selatan, Lee Yong Dae dan Shih Seung Chan dengan keputusan 21-18 dan 9-21.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar wakil perseorangan wanita pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$750,000 (RM2.407 juta) itu.

terbuka Australia, badminton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain