suria

Langkah England Terhenti, Costa Rica Mara

Wayne Rooney (kanan) tidak dapat menahan sedih selepas England tersingkir.
ENGLAND gagal melangkah ke pusingan kedua Piala Dunia apabila sekadar mencatat keputusan seri 0-0 dengan Costa Rica pada aksi terakhir Kumpulan D, awal pagi Rabu.

Costa Rica yang berada pada kedudukan selesa untuk menempah tiket ke kelompok 16 pasukan terakhir tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyekat kemaraan England.

Pada perlawanan itu England melakukan sembilan pertukaran ke atas pasukan yang diturunkan ketika tewas 1-2 kepada Uruguay dalam aksi terdahulu.

Namun, perlawanan ini berlangsung tanpa banyak aksi mendebarkan dan tidak menjelmakan ancaman di gawang membabitkan kedua-dua pasukan.

Penjaga gol England, Ben Foster berjaya menafikan percubaan Celso Borges pada minit ke-23 hasil sepakan percum.

Sementara itu, dua rembatan Daniel Sturridge tersasar ketika England berhempas pulas untuk memecah kebuntuan.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah penyertaan The Three Lions tersingkir pada pusingan pertama sejak 1958.

Costa Rica menamatkan aksi peringkat kumpulan dengan mengumpul tujuh mata dan mungkin bertemu dengan naib juara Kumpulan C pada pusingan kedua. 

Uruguay pula muncul naib juara Kumpulan D dan akan menentang juara Kumpulan C.

Itali mendapat tempat ketiga dengan tiga mata dan England tercorot dengan hanya satu mata.
Piala Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana

Artikel Lain