MANCHESTER United dilaporkan telah membuat bidaan semula untuk mendapatkan pemain Athletic Bilbao, Ander Herrera. Pada masa sama, United juga pada minggu ini telah menaikkan tawaran untuk mendapatkan Luke Shaw dari Southampton dan membuka semula tawarannya kepada pemain Arsenal, Thomas Vermaelen. Herrera merupakan pemain yang menjadi sasaran David Moyes pada musim panas lalu dan tawaran kembali dibuat untuk mendapatkan pemain tengah berusia 24 tahun itu. Sportsmail mendedahkan pemain tengah Sepanyol itu dijangka akan meninggalkan Athletic Bilbao sebelum 30 Jun ini. Selain United yang membuat tawaran sebanyak £31 juta setakat ini, Barcelona turut sedang berusaha mendapat pemain sama. Herrera dilapor akan ditawarkan kontrak selama empat tahun dengan bayaran gaji sebanyak £50,000 seminggu.