suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Brazil Atasi Cameroon, Jumpa Chile Di Pusingan Kedua

Neymar (kanan) meraikan gol jaringannya.
BRAZIL mempamerkan aksi penuh bertenaga dalam kemunculan ke-100 negara itu pada aksi Piala Dunia di Estadio Nacional dengan menundukkan Cameroon 4-1 untuk menduduki tangga teratas Kumpulan A, awal pagi Selasa.

Penyerang sensasi Neymar tampil garang membantu Brazil melayakkan diri ke pusingan kedua dengan menjaringkan gol pertama seawal minit ke-17 hasil hantaran Luiz Gustavo.

Namun, penyokong tuan rumah tidak senang duduk selepas Joel Matip menyamakan kedudukan pada minit ke-26.

Neymar kembali menceriakan penyokong apabila meledakkan gol kedua pada minit ke-34.

Brazil terus mendahului dengan selesa menerusi jaringan Fred empat minit selepas babak kedua bermula dan pemain gantian, Fernandinho melengkapkan gol keempat pada minit ke-84.

Pasukan kendalian pengurus Felipe Scolari itu menyudahkan cabaran peringkat kumpulan dengan mengutip tujuh mata dan akan menentang naib juara Kumpulan B, Chile yang menewaskan Croatia 3-1 pada perlawanan berasingan.

Mexico pula akan menentang juara Kumpulan B, Belanda.

Brazil, Cameroon, Piala Dunia, Kumpulan A

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain