suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Algeria Tewaskan Korea Selatan 4-2

Para pemain Algeria meraikan kemenangan selepas perlawanan Piala Dunia 2014 Kumpulan H antara Algeria dan Korea Selatan di Stadium Porto Alegre awal pagi Isnin. Algeria menang dengan 4-2. Foto AFP

PERLAWANAN Piala Dunia 2014 awal pagi Isnin menyaksikan Algeria menewaskan Korea Selatan dengan 4-2 dalam saingan Kumpulan H.

Algeria meraih tiga jaringan dalam separuh masa pertama menerusi aksi pemain Islam Slimani, Rafik Halliche dan Abdelmoumene Djabou menjadikan mata 3-0.

Slimani mencatatkan gol pada minit ke-26, dengan Halliche hanya dua minit selepas itu, diikuti dengan Djabou memperoleh jaringan ketiga pada minit ke-38.

Bagaimanapun, penyerang Korea Selatan, Son Heung-min cuba mengejar mata pihak lawan menerusi jaringan pertama hanya lima pertama pada separuh masa kedua.

Namun, Brahimi kembali menjadikan persaingan sengit apabila memperoleh jaringan keempat buat Algeria pada minit ke-62.

Pemain Koo Ja-cheol berjaya menjadikan kedudukan 2-4, namun kekalahan di tangan Algeria itu masih memberikan peluang kepada Korea dalam perlawanan terakhir kumpulan itu Jumaat ini.

Dengan keputusan 4-2 sehingga tamat perlawanan, Algeria berjaya meneruskan pusingan kedua Piala Dunia selepas menumpaskan Korea Selatan dalam perlawanan Kumpulan H.





Artikel Lain