suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kegagalan England Tidak Memalukan - Mourinho

JOSE Mourinho mahu pengkritik menutup mulut daripada terus mengkritik skuad Roy Hodgson kerana dakwanya pasukan itu gagal akibat tidak diringi tuah.

Pengurus Chelsea itu berkata, aksi pemain England sebenarnya bukanlah yang memalukan kerana mereka telah melakukan yang terbaik mengikut perancangan.

Menurutnya yang pernah ditawarkan untuk membimbing England, walaupun anak didik Hogdson kalah dalam dua perlawanan namun mereka menguasai perlawanan dengan baik.

"Cuma skuad England tidak bertuah apabila hasrat mereka dinafikan oleh pemain yang hebat seperti Mario Balotelli dan Luis Suarez dalam dua perlawanan.

"Oleh itu, pasukan England tidak sepatutnya berasa malu dengan kegagalan mereka, malah saya turut berbangga dengan semangat juang yang ditunjukkan," jelasnya ketika diminta megnulas mengenai kegagalan England.

Chelsea, England

Artikel Lain