suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Costa Rica Tewaskan Itali, England Tersingkir

Tandukan Ruiz menewaskan penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon (kiri).

ENGLAND secara rasminya tersingkir daripada aksi Piala Dunia selepas Costa Rica menang tipis 1-0 ke atas Itali dalam aksi Kumpulan D, awal pagi Sabtu.

Gol kemenangan Costa Rica dijaringkan ketua pasukan, Bryan Ruiz pada minit ke-44.Kemenangan itu membolehkan Costa Rica yang mengejutkan Uruguay pada perlawanan pertama, menduduki tempat teratas kumpulan dengan enam mata daripada dua perlawanan dan layak ke pusingan kalah mati. 

Manakala England tewas dua perlawanan dan tanpa sebarang mata.

Namun The Three Lions akan melengkap jadual perlawanan kumpulan bertemu Costa Rica pada 24 Jun ini.

Itali dan Uruguay akan bertemu pada Selasa ini dan keputusan tersebut akan menentukan nasib mereka bagi  mengiringi Costa Rica pada peringkat seterusnya selepas yang masing-masing memiliki tiga mata daripada dua perlawanan.

Costa rica, itali, Piala dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain