Pemain berusia 31 tahun itu tewas kepada Kenichi Tago dari Jepun pada set pertama 16-21 sebelum bangkit menyamakan kedudukan 1-1 selepas meraih kemenangan pada set kedua 21-15.
Namun Chong Wei tewas pada set penentuan dengan 16-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 71 minit, demikian menurut laman web www.bwfbadminton.org//sport.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu telah menjuarai Terbuka Indonesia sebanyak lima kali sebelum ini iaitu pada 2007, 2009, 2010, 2011 dan 2013.
Pada final Ahad, Kenichi pula dijadualkan bertemu Jan O Jorgensen dari Denmark yang mengenepikan pemain nombor dua dunia Chen Long dari China dengan straight set 21-19 dan 21-18 dalam satu lagi saingan separuh akhir.


