suria

Brooks Hero Amerika Syarikat

Brooks meraikan jaringannya yang merupakan gol kemenangan skuad AS dalam saingan Kumpulan G, Piala Duia di Brazil awal pagi Selasa.

JARINGAN lewat oleh pemain pertahanan, John Brooks membantu Amerika Syarikat (AS) meraih kejayaan pertama mengatasi Ghana 2-1 dalam saingan Kumpulan G Piala Dunia pada pagi Selasa.

Keputusan seri sehingga penghujung perlawanan yang membuatkan penyokong AS mula meninggalkan tempat duduk masing-masing bagaimanapun berubah apabila jaringan dihasilkan pada minit ke-86.

Dalam perlalwanan itu, AS terlebih dahulu berada di depan pada minit pertama selepas rembatan kaki kiri Clint Dempsey menerjah ke gawang.

Keputusan 1-0 itu kekal hingga minit ke-81 sebelum Ghana tampil menyamakan kedudukan menerusi Andre Ayew.

Berselang empat minit, AS memastikan kemenangan berpihak kepadanya apabila Brooks menanduk masuk bola hantaran Graham Susi.

Jurulatih Ghana, Kwesi Appiah memilih Ayew sebagai penyerang utama selepas pemain muda itu berjaya membantu pasukan tersebut sebelum ini.

Kevin-Prince Boateng dan Michael Essien pula tampil sebagai pemain gantian untuk skuad Gana selepas pasukan itu terdesak untuk meraih kemenangan dan keputusan seri sekurang-kurangnya.   


Paial Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain