suria

Benzema, Teknologi Garisan Bantu Kemenangan Perancis Terhadap Honduras

Teknologi garisan gol membantu mengesahkan gol untuk Perancis dalam perlawanan awal pagi Isnin. -AFP
PORTO ALEGRE: Dua gol sumbangan bintang Karim Benzema membantu Perancis menewaskan Honduras 3-0 dalam perlawanan Piala Dunia (Kumpulan E), awal pagi Isnin.

Perlawanan itu turut menyaksikan teknologi garisan gol digunakan buat pertama kali dalam edisi kali ini bagi mengesahkan gol kedua untuk pasukan Perancis,selaku juara edisi 2008 pada separuh masa kedua, minit ke-72.

Ia berikutan rembatan Benzema yang terkena tiang, melantun terkena badan penjaga gol Honduras dan bergolek masuk ke dalam gawang.

Honduras semakin tertekan selepas kad merah dilayangkan kepada Wilson Palacios dan terpaksa bermain dengan 10 pemain gara-gara mengasari Paul Pogba dalam kotak penalti pada minit ke-45.

Perancis mendapat peluang menambah gol kedua menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Benzema.

Gol ketiga adalah hasil rembatan rembatan sepakan sudut yang pada minit ke-72 oleh N. Valladares.

Perancis, Piala Dunia 2014, Benzema

Artikel Sebelum

Artikel Lain