suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Denis Suarez Enggan Komen Isu Dipinjamkan Ke Sevilla

MENURUT stesen radio Catalan, RAC1, Barcelona dilaporkan sedang memuktamadkan rundingan untuk membawa kapten Sevilla, Ivan Rakitic ke Camp Nou dengan kos €20 juta sementara kelab itu akan meminjamkan Denis Suarez kepada Sevilla.

Bagaimanapun ketika ditanya oleh laman web sukan Andalusian, Suarez mengakui wujud perbincangan mengenainya namun beliau tidak boleh mengulas mengenainya sehingga rundinganya selesai.

"Mereka tidak benarkan saya untuk mengulas mengenainya. Saya memang tidak boleh bercakap apa-apa pada masa ini.

"Sudah pasti saya tahu maksud anda, tapi lebih baik saya tidak bercakap mengenainya dan hanya menunggu perkembangan lanjut," kata Suarez.
Denis Suarez, Barcelona, Sevilla

Artikel Lain