suria

Gary Neville Didakwa Keluarkan Kata-Kata Kesat Kepada Jurukamera

Gary Neville diekori ketika sedang bersiar-siar di pantai Rio de Janeiro.

PENOLONG Pengurus England, Gary Neville didakwa kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang jurukamera ketika sedang bersiar-siar di Rio de Janeiro.

Menurut sumber FA, pakar Sky Sports dan bekas bintang Manchester United akhirnya 'mencarut' dengan perkataan 'f*** off' ketika sedang diekori oleh seorang jurukamera selepas beberapa jam skuad England tiba di Brazil untuk Piala Dunia.

Di dalam sebuah gambar yang tersebar di Twitter, Neville kelihatan marah memandang jurukamera itu sambil turut diekori oleh seorang lelaki yang berpakaian menggunakan bendera Brazil dari hujung kepala hingga hujung kaki. - Daily Mail


Gary Neville, Piala Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain