suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minat Man United, Mangala Bikin City Runsing

MANCHESTER City berdepan masalah untuk mendapatkan pemain pertahanan selepas sasaran mereka, Eliaquim Mangala lebih berminat ke Manchetser United.

City hampir membawa Mangala untuk menjadi pasangan pertahanan bersama ketua pasukan itu, Vincent Kompany bagi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Skuad bimbingan Manuel Pellegrini juga dilaporkan telah berharap Porto akan bersetuju dengan klausa pembelian sebanyak 45 juta Euro.

Bagaimanapun, City berdepan masalah apabila pemain berusia 23 tahun itu akan hanya menerima tawaran mereka sekiranya United tidak berminat terhadapnya.

Sumber terdekat dengan Mangala memberitahu, pemain itu percaya United dan Chelsea merupakan pasukan yang lebih popular berbanding City.

Begitupun, Mangala bukanlah pemain sasaran pengendali United, Louis van Gaal untuk menggantikan Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic bagi musim depan.

Hal ini kerana United sedang mempertimbangkan untuk membawa  pertahanan Jerman, Mats Hummels yang bermain untuk Borussia Dortmund.

Mangala sebelum ini memberitahu pemberita bahawa dia merupakan pertahanan paling lengkap di Eropah.

Artikel Lain