suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo Alami Kecederaan Tendon Di Lutut Kiri

Cristiano Ronaldo.
PENYERANG sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo bergelut dengan kecederaan tendon di lutut kirinya.

Perkara itu disahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) dalam satu kenyataan pada Rabu.

FPF berkata Ronaldo telah menjalani latihan khas pada Isnin.

Namun FPF tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai latihan tersebut.

Pemain Terbaik Dunia itu turut terlepas perlawanan menentang Greece yang menyaksikan keputusan seri 0-0, Sabtu lalu.

Skuad Portugal kini sedang menjalani latihan di New York dan akan bertemu Mexico pada aksi persahabatan di Boston, Jumaat ini.

Portugal akan bertemu Jerman di Salvador pada aksi pembukaan Piala Dunia pada 16 Jun ini.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain