suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bumbung Kanvas Akuatik Terkoyak Kerana Angin Kuat

KANGAR: Bumbung kanvas di kolam Pusat Akuatik Perlis terkoyak akibat hujan dan angin kuat yang melanda Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini petang Khamis.

Menurut Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis Azizan Ab Rahman, kanvas tersebut terkoyak dua selepas berkali-kali ditiup angin.

"JKR Perlis dan kontraktor terbabit kemudiannya mengambil keputusan untuk menurunkan bumbung kanvas itu demi keselamatan atlet dan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) memutuskan untuk meneruskan pertandingan pada pukul 5 petang setelah berpuas hati kolam renang tidak mengalami sebarang kerosakan.

Kejadian berlaku kira-kira 2 petang dan kanvas yang koyak itu selesai diturunkan pada pukul 4.40 petang. Semasa kejadian tiada acara yang berlangsung.

Azizan berkata kontraktor pembekal bumbung dikehendaki mengemukakan laporan berhubung kerosakan itu.

Menurutnya, Majlis Sukan Negara (MSN) juga bersetuju supaya pertandingan acara renang dan terjun diteruskan sehingga Ahad ini tanpa kolam renangnya dipasang bumbung.

Bumbung baharu hanya dapat dipasang selepas SUKMA berakhir, katanya.


Sukma, Perlis

Artikel Lain