suria

Yaya Toure Berang Dakwaan Akan Sertai PSG

YAYA Toure menafikan bahawa dia mahu berpindah ke Paris St Germain (PSG) apabila mengeluarkan kenyataan bahawa peluang bermain bersama kelab Perancis itu merupakan satu penghormatan.

Pemain tengah Manchester City itu mendakwa kenyataannya telah disalah tafsir oleh pihak tertentu.

Malah, Toure yang sedang dalam persiapan menghadapi Piala Dunia bersama Ivory Coast menegaskan, dia tidak akan meninggalkan Etihad dalam masa terdekat.

Toure sebelum ini dilaporkan telah merajuk terhadap City apabila tiada hadiah mewah diberikan sempena sambutan hari lahirnya.

"Saya hanya mengambil kesempatan untuk berkata demikian apabila ditanya.

"Saya melihat pemain yang meninggalkan kelab lain untuk bersama PSG telah mendapat satu penghormatan," jelasnya.

Katanya, kenyataan itu tidak bererti dia cuba memancing PSG untuk mendapatkannya dari City.

"Apa yang penting bagi saya ketika ini ialah Piala Dunia, negara saya menantinya," ujarnya.

Yaya Toure, Manchester City

Artikel Lain