suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilik Manchester United Meninggal Dunia

Malcom Glazer.
PEMILIK kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United, Malcom Glazer, 86, meninggal dunia pada awal pagi Rabu.

Perkara itu disahkan oleh The Buccaneers, sebuah francais NFL yang turut dimilikinya.

Menurutnya, Glazer mengalami penyakit strok baru-baru ini dan anak lelaki mengambil alih pemantauan operasi kedua-dua kelab itu.

Ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS) Glazer yang mengambil alih kelab Inggeris itu pada 2005 dikritik oleh peminat Red Devils kerana kelab itu menanggung bebanan hutang yang banyak.

Difahamkan kematian Glazer tidak akan menjejaskan pemilikan terhadap kelab Liga Perdana Inggeris itu dimana keluarga tersebut memiliki 90 pegangan saham di dalam kelab itu.

"Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Glazer. Doa kami bersama mereka," kata jurucakap United.

Ketika dibawah era Glazer, United masih berupaya memenangi lima trofi Liga Perdana Inggeris dan sebuah trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Walaupun Glazer tidak popular di Manchester, beliau antara individu yang dihormati di negara kelahirannya, Rochester, New York.

Pesuruhjaya NFL, Roger Goodell berkata, Glazer merupakan individu yang berusaha keras untuk mempopularkan kejohanan Super Bowls ke wilayah Tampa Bay.

"Komitmen beliau kepada Buccaneers, NFL dan penduduk di Tampa Bay merupakan mercu tanda kepada legasi beliau," kata Goodell.

Glazer meninggalkan seorang balu, Linda dan enam orang anak termasuk pengerusi bersama Manchester United, Joel dan Avram serta 14 orang cucu.



Artikel Sebelum

Artikel Lain