suria

Pochettino Ketua Jurulatih Baharu Spurs

Mauricio Pochettino.
MAURICIO Pochettino dilantik sebagai ketua jurulatih Tottenham Hotspur yang baharu selama lima tahun.

Jurulatih warga Argentina itu meninggalkan Southampton untuk mengalih alih jawatan tersebut di White Hart Lane.

"Kelab ini mempunyai sejarah menakjubkan dan berprestij. Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk menjadi ketua jurulatih. 

"Kelab ini mempunyai ramai pemain berbakat besar dan saya tidak sabar untuk bekerjsama dengan pemainnya," kata Pochettino.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy berkata, beliau yakin Pochettino mampu membawa kelab ke peringkat tertinggi dan menghasilkan corak permain yang lebih pantas.

"Kami mempunyai ketua jurulatih berbakat untuk membimbing kelab ini pada musim depan," katanya

Jesús Pérez (pembantu jurulatih), Miguel D'Agostino (jurulatih skuad utama) and Toni Jiménez (jurulatih penjaga gol) yang pernah bekerjasama dengan Pochettino di Southampton dan Espanyol turut menyertai beliau di White Hart Lane.

Spurs kini tiada pengurus baharu selepas pemecatan Tim Sherwood pada penghujung musim lalu.

Southampton mengesahkan mereka menerima peletakan jawatan Pochettino selepas bersetuju dengan bayaran pampasan dengan Spurs.



Artikel Lain