suria

Van Gaal Guna £200 Juta Buru Pemain Untuk United

PENGURUS baharu Manchester United, Louis van Gaal yang diberikan kontrak bernilai  £6 juta setahun turut disediakan perbelanjaan sebanyak £200 juta bagi melakukan rombakan terhadap kelab tersebut.

Dengan perbelanjaan setinggi itu, Van Gaal berjaya mencipta rekod pengurus yang diberikan perbelanjaan terbanyak di kelab berkenaan selama ini.

Pelantikan jurulatih Belanda terbabit merupakan pilihan pemilik United bagi digantikan dengan David Moyes yang dipecat gara-gara gagal mengekalkan momentum United.

Seiring dengan pelantikan itu, Van Gaal turut mengumumkan bekas pemain, Ryan Giggs sebagai pembantunya untuk mengharungi musim depan.

Walaupun akan memulakan tugasnya selepas kempen Piala Dunia, namun Van Gaal telah mengarahkan pegawainya untuk menyenaraikan pemain yang akan dibawa masuk pada musim depan.

Antara pemain yang dilaporkan telah disenarai pendek oleh United ialah pertahanan Jerman, Mats Hummels dan Holger Badstuber, selain pemain tengah seperti Toni Kroos dan Arjen Robben termasuk penyerang Mario Mandzukic.

Selain itu jurulatih penjaga gol, Chris Woods dan beberapa lagi pegawai akan ditukar bagi memastikan United kembali sebagai kelab bola sepak digeruni dan mampu memberi pulangan lumayan kepada pemiliknya.


Senarai pemain pilihan Van Gaal


KEVIN STROOTMAN 
Kelab:Roma
Nilai perpindahan: £25 juta
Umur: 24
Penampilan 2013-14: 28 kali, 6 gol 
-Berkaki kiri, mengalami kecederaan lutut dan dijangka cergas selepas Oktober.




CESC FABREGAS 
Kelab: Barcelona
Nilai perpindahan: £45 juta
Umur: 27
Penampilan 2013-14: 55 kali, 13 gol 
-sedia untuk dijual, tetapi United tidak berurusan sejak tahun lalu.


TONI KROOS 
Kelab: Bayern Munich
Nilai perpindahan: £18 juta
Umur: 24
Penampilan 2013-14: 51 kali, empat gol
-Telah bersetuju untuk bersama United selepas dilamar David Moyes. Van Gaal turut meminati bakat muda terbabit.


MATS HUMMELS 
Kelab: Borussia Dortmund
Nilai: £20 juta
Umur: 25
Penampilan 2013-14: 28, dua gol
-Tidak begitu cergas tetapi seorang pertahanan yang sukar dibolosi. Dortmund dilaporkan sedia melepaskan seorang pemain utama pada musim panas ini.


HOLGER BADSTUBER 
Kelab: Bayern Munich
Nilai perpindahan: £15 juta
Umur: 25
Penampilan 2013-14: tiada
-Van Gaal melihatnya sebagai pertahanan berkaki kiri terbaik dan dijangka pulih daripada kecederaan.


LUKE SHAW 

Kelab: Southampton
Nilai: £27 juta
Umur: 18
Penampilan 2013-14: 36, tiada jaringan 
-Bersedia bersama United.


SEBASTIAN JUNG 
Kelab: Eintracht Frankfurt
Nilai: £7 juta
Usia: 23
Penampilan: 36, satu gol
-Pertahanan kanan kedua terbaik di Jerman di belakang Philipp Lahm. Arsenal turut berminat terhadap pemain berusia 22 tahun itu.

Artikel Lain