suria

Moto3: Hafiq Ulangi Pecapaian Terbaik Di Le Mans

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 Malaysia, Hafiq Azmi (gambar) menamatkan perlumbaan di tempat ke-16, kedudukan terbaiknya pada musim ini dalam pusingan kelima Kejohanan Dunia Moto3 di Le Mans pada Ahad.

Sepang International Circuit (SIC) dalam kenyataan berkata pelumba pasukan SIC-Ajo itu berupaya menamatkan empat perlumbaannya berturut-turut dalam musim ini dan ini merupakan kali kedua beliau menamatkan perlumbaannya pada tempat ke-16.

"Sejauh ini ia adalah kali kedua pelumba Malaysia hampir memungut mata, selepas melakukannya di Argentina sebelum ini," kata SIC.

Menurut Hafiq, beliau melakukan permulaannya dengan baik dan mengekalkan kedudukannya dalam kelompok bersama Muhammad Zulfahmi Khairuddin, Niklas Ajo and Jakub Kornfeil sebelum Kornfeil meninggalkan mereka.

"Ia merupakan perlumbaan yang sukar, saya melakukan kesilapan dan seorang penunggang memotong saya kerana memiliki pengalaman yang lebih daripada saya," katanya.

Penunggang Malaysia itu merupakan sebahagian daripada kelompok ketiga yang bertarung untuk mata, bersama-sama pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman seperti Denny Kent dan Miguel Oliveira.

Selepas hampir mendapatkan mata di Le Mans, pelumba pasukan SIC-Ajo itu mempunyai peluang untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik dalam perlumbaan di Mugello, Itali, 1 Jun ini.

Berikut adalah kedudukan lima teratas dan Hafiq pada pusingan kelima Kejohanan Moto3 Dunia.

Keputusan - Perlumbaan

1. Jack Miller (KTM) 41:30.582

2. Alex Rins (Honda) +0.095

3. Isaac Viñales (KTM) +0.230

4. Francesco Bagnaia (KTM) +0.487

5. Alex Marquez (Honda) +0.931

16. Hafiq Azmi (SIC-Ajo) +22.941


Le Man, Moto3

Artikel Lain