suria

Ashley Cole Umum Persaraan Dari Skuad Antarabangsa England

Ashley Cole bermain 107 kali untuk England

> Pemain pertahanan Southampton Luke Shaw ambil alih posisi kiri

> Cole bermain 107 kali untuk negaranya

> Lapan pemain yang terpilih untuk skuad Piala Dunia England berusia 24 tahun ke bawah

PEMAIN bek kiri Chelsea, Ashley Cole mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa sebaik sahaja dia menerima panggilan telefon daripada pengurus England, Roy Hodgson yang memberitahu dia hanya akan diletakkan sebagai pemain gantian.

Roy Hodgson menelefon pemain berusia 33 tahun itu yang memiliki 107 kaps untuk England untuk memberitahu yang dia tidak akan berada dalam senarai 23 pemain yang bakal ke Brazil untuk temasya Piala Dunia bulan depan.

Tempatnya akan diambil alih oleh pemain Southampton, Luke Shaw.

Selepas perbualan tersebut, Cole mengirimkan mesej melalui laman tweetenya; "Saya telah menerima panggilan daripada Roy dan bersetuju dengannya yang skuad Piala Dunia England harus dibarisi oleh pemain-pemain muda yang berbakat dan berpotensi untuk maju jadi saya fikir ini adalah masa yang sesuai untuk bersara di peringkat antarabangsa."

Menurut Cole keputusan tersebut adalah satu keputusan yang berat dan memedihkan tetapi dia akan tetap menyokong England sebagai peminat setia dan sejati.

Portal berita Britain, The Mail Online melaporkan yang Cole enggan menerima status sebagai pemain gantian kerana dia tidak mempunyai apa-apa untuk dibuktikan lagi sebagai seorang pemain berpengalaman.

Shaw, 18, yang akan mengantikan tempat Cole akan menjadi salah seorang daripada lapan pemain dalam skuad kebangsaan yang berusia di bawah 24 tahun.

The Mail  juga melaporkan lain-lain pemain muda yang akan tersenarai dalam skuad Piala Dunia ialah pemain Everton, Ross Barkley (20), Phil Jones (22), Jordan Henderson (23), Jack Wilshere (22), Raheem Sterling (19), Alex Oxlade-Chamberlain (20) dan Danny Welbeck (23).

kehadiran Barkley juga bermakna karier pemain tengah Manchester United, Michael Carrick sudah sampai ke penghujungnya walaupun Englang mungkin memerlukan hantarannya yang masih berbisa dan tepat.

Skuad penuh England akan diumumkan lewat Isnin oleh Hodgson.

Artikel Lain