suria

Pemain Pertahanan Arsenal, Koscielny Meterai Kontrak Baharu

LONDON: Pemain pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny menandatangani kontrak jangka panjang baharu bersama Emirates, kata kelab Liga Perdana itu pada Jumaat.

"Laurent membuktikan beliau adalah pemain yang cemerlang sejak bersama kami pada 2010, malahan beliau sekali lagi menunjukkan kualiti dalam permainannnya pada musim ini.

"Saya memutuskan untuk meneruskan khidmatnya di kelab," kata pengurus, Arsene Wenger menerusi laman web, www.arsenal.com.

Pemain antarabangsa Perancis itu membuat 163 penampilan dalam semua perlawanan kelab berkenaan sejak menyertainya, lebih daripada pemain Arsenal lain untuk tempoh sama.

Koscielny juga bermain di 31 perlawanan Liga Perdana musim ini, sekali gus membantu kejayaan Arsenal.

Arsenal yang kini ditempat ke empat akan ke Norwich City untuk perlawanan akhir liga musim ini pada Ahad, sebelum menentang Hull City pada perlawanan akhir Piala FA, hujung minggu depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Malaysia

Artikel Lain