suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laurent Blanc Sambung Kontrak Paris Saint-Germain

Laurent Blanc. Foto AFP

PENGURUS pasukan Paris Saint-German (PSG), Laurent Blanc menyambung kontraknya bersama juara Liga 1 Perancis itu sehingga 2016.

Blanc yang berusia 48 tahun itu mengetuai PSG untuk kejayaan kedua bagi gelaran Perancis itu selepas mengambil alih menjadi pengurus pasukan itu pada tahun lepas dan ditawarkan kontrak lanjutan setahun yang akan berakhir pada Jun 2015, meskipun beliau mahu menunggu sehingga akhir musim ini sebelum mempertimbangkan tawaran tersebut.

Bekas pemain pertahanan skuad Perancis itu turut menguruskan pasukan itu dalam mengalahkan Lyon dengan 2-1 pada bulan lepas dalam Piala Liga Perancis.

Blanc pernah dikaitkan dengan kekosongan jawatan pengurus Manchester United berikutan pemecatan David Moyes, tetapi telah menandatangani perjanjian baharu dengan pasukan PSG, sekali gus memberi peluang kepada jurulatih Belanda, Lous van Gaal untuk mengambil alih pasukan itu di Old Trafford. 


Artikel Sebelum

Artikel Lain