suria

Luiz Felipe Scolari Umum Skuad Piala Dunia Brazil

Pengurus Brazil, Luiz Felipe Scolari

> Enam pemain dipilih dari Liga Perdana Inggeris

> Tiada tempat untuk dua bekas pemain terbaik dunia Kaká dan Ronaldinho

> Empat pemain Chelsea turut tersenarai

PENGURUS Brazil, Luiz Felipe Scolari telah menamakan 23 pemain yang akan mewakili negara itu di Piala Dunia Jun nanti.

Skuad yang diumumkannya ini termasuklah enam pemain dari Liga Perdana Inggeris termasuk kuartet Chelsea iaitu Ramires, David Luiz, Willian dan Oscar.

Turut tersenarai ialah pemain tengah Tottenham Hotspurs, Paulinho dan Manchester City, Fernandinho.

Dua nama yang tidak disangka-sangka dalam skuad Scolari ini ialah pemain tengah Inter Milan, Hernanes dan pemain pertahanan Napoli, Henrique.

Manakala dua nama popular yang digugurkan ialah Miranda dan Lucas Moura.

Tiga pemain yang bersama-sama Brazil memenangi Piala Konfederasi musim panas lalu iaitu Jádson, Diego Cavalieri dan Filipe Luís turut digugurkan oleh Scolari.

Tetapi yang lebih mengejutkan ialah Scolari juga mencantas beberapa nama besar dalam dunia bolasepak Brazil antaranya ialah Alexandre Pato, Kaká, Ronaldinho dan pasangan Liverpool, Lucas Leiva serta Philippe Coutinho.

Pemain pertahanan Manchester united, Rafael Da Silva juga tidak tersenarai.

Brazil akan memulakan kempen mereka menentang Croatia pada 12 Jun sebelum bertemu Mexico dan menentang Cameroon.

BERIKUT ADALAH SKUAD PENUH PIALA DUNIA BRAZIL:

Penjaga Gol: Júlio César (Toronto FC), Jéfferson (Botafogo), Victor (Grêmio).

Pertahanan: Daniel Alves (Barcelona), Maicon (Roma), Marcelo (Real Madrid), Maxwell (Paris Saint-Germain), David Luiz (Chelsea), Thiago Silva (Paris Saint-Germain), Dante (Bayern Munich), Henrique (Napoli).

Tengah: Luiz Gustavo (Wolfsburg), Paulinho (Tottenham), Ramires (Chelsea), Fernandinho (Manchester City), Oscar (Chelsea), Willian (Chelsea), Hernanes (Internazionale), Bernard (Shakhtar Donetsk).

Penyerang: Fred (Fluminense), Neymar (Barcelona), Hulk (Zenit St Petersburg), Jô (Atlético Mineiro).

Artikel Lain