suria

Bintang Snooker, O'Sullivan Terlibat Kemalangan

BINTANG snooker dunia, Ronnie O’Sullivan (gambar) terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang selepas beraksi dalam perlawanan akhir Kejuaraan Snooker Dunia di Sheffield.

Ketika kemalangan pada pukul 1.30 pagi Selasa, O'Sullivan sedang memandu bersama anak lelakinya Ronnie Jnr, enam tahun berada di tempat penumpang disebelahnya.

Kedua-dua beranak itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan walapun mengalami gegaran kuat akibat kemalangan.

Kemalangan berlaku selepas kereta sukan dua pintu yang dipandu bintang snooker pujaan ramai itu terbabas ke dalam kolam selepas merempuh pembahagi jalan.

Terdahulu, dalam perlawanan akhir berkenaan O'Sullivan terlepas untuk mencapai kejuaraan dunia keenam selepas tewas kepada Selby.

Selby dinobatkan sebagai juara dunia selepas berjaya menundukkan O'Sullivan 18-14.

Snooker, O'Sullivan

Artikel Lain