suria

Kemenangan United Diselebungi Emosi Perpisahan

KEMENANGAN 3-1 Manchester United keatas Hull City pada awal pagi Rabu diselebungi emosi apabila katua pasukan itu, Nemanja Vidic dan jurulatih sementara, Ryan Giggs membuat penampilan terakhir dan ucapan yang disampaikan kedua-dua mereka.

Suasana perpisahan Vidic bersama United turut membuatkan peminat pasukan berkenaan menitiskan air mata kerana terharu dengan sumbangan yang telah diberikan pemain pertahanan terbabit.

Pemain kebangsaan Serbia itu yang akan menyertai Inter Milan pada musim panas ini selepas kontraknya tidak diperbaharui dimasukkan bagi menggantikan Phil Jones.

Manakala jurulatih United, Giggs turut beraksi buat kali terakhir di penghujung perlawanan sebagai tanda perpisahan selepas berkhidmat sepanjang tempoh kegemilangan United dibawah bimbingan Alex Ferguson.

Pemain kelahiran Wales itu mengambil alih tempat David Moyes selepas jurulatih berkenaan dipecat oleh kelab gara-gara membawa United ke kedudukan yang tidak disenangi peminat.

"Saya hanya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pemain dan kakitangan pasukan diatas sokongan kamu pada tahun ini. Terima kasih istimewa juga untuk Nemanja yang akan meninggalkan kita pada tahun ini.

"Kami tahu musim ini adalah yang sukar kerana selama ini kami telah dirosakkan oleh kejayaan yang dikecapi. Kamu (penyokong) perlu  memberi sokongan kepada pasukan supaya kejayaan dapat dikembalikan pada tahun-tahun akan datang," kata Giggs ketika berucap selepas perlawanan berlangsung.

Nemaja Vidic, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain