Piala Thomas: Liew Darren Dilantik Ketua Pasukan - Sukan | mStar

Piala Thomas: Liew Darren Dilantik Ketua Pasukan

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila Liew Darren dilantik sebagai ketua pasukan bagi skuad Piala Thomas dan bukannya Datuk Lee Chong Wei.

Pemilihan itu dibuat oleh pemain-pemain ketika membuat perancangan di kem latihan pada Isnin.

Antara pemain yang terlibat ialah Chong Wei Feng, Goh Soon Huat, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong, Lim Khim Wah-Goh V Shem, Tan Boon Heong dan Chan Peng Soon.

Saingan Piala Thomas akan berlangsung di New Delhi, India bermula 18 hingga 25 Mei ini.

Berikutan kejutan itu, Darren, 27, berazam untuk menjalankan tugas dengan sebaik mungkin untuk pasukan dan posisinya sebagai perseorangan ketiga.

"Saya terkejut dengan pemilihan rakan sepasukan tetapi saya menghormatinya. Pelantikan ini merupakan penghormatan daripada Chong Wei dalam memberi galakkan kepada saya.

Piala Thomas kedua bagi Darren bakal memberikan peluang untuk dia mencipta sejarah walaupun sering dibelenggu kecederaan.

Sejak menjuarai Terbuka Perancis pada 2012, Darren sering dihantui kecederaan harmstring.

"Saya kini berada dalam keadaan baik dan bersedia," katanya menjawab mengenai kecederaan yang dialami.

India , Piala Thomas , New Delhi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Penyokong JDT Buat Kacau Lagi

Artikel Berkaitan

Artikel Lain