suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Tahu Shaw Lebih Pilih Manchester United

Jose Mourinho. Foto AP

SEPERTI yang dilaporkan El Confidencial, terdapat alasan bagi pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang lebih tertarik untuk mendapatkan pemain Alletico Madrid, Filipe Luis berbanding pemain Southampton, Luke Shaw.

Ini kerana bekas pengurus kelahiran Portugal itu sudah mengetahui bahawa pemain muda Southampton itu akan lebih memilih Manchester United berbanding Chelsea.

Filipe Luis bukanlah pilihan kedua bagi Chelsea selepas Shaw.

Permain kelahiran Brazil itu percaya beliau merupakan calon baharu buat pasukan The Blues, meskipun beliau akan berusia 29 tahun pada tahun ini.

Sedangkan Shawa juga mempunyai musim yang begitu baik bersama Southampton, dengan harganya yang terlalu tinggi.

Hal ini dianggap sukar menimbulkan risiko yang lebih besar kerana beliau masih berusia 18 tahun dan belum matang sebagai pemain.

Manchester United pun sebelum ini membuat tawaran kepada Luis pada Januari lalu pada harga 20 juta euro (RM90.34 juta). 

Bagaimanapun, tawaran itu terpaksa ditolak kerana musim perlawanan masih berlangsung.

Kini nampaknya Chelsea akan melakukan perkara yang sama dan lebih berpeluang kerana perlawanan telah berakhir. 

Artikel Sebelum

Artikel Lain