suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bojan Hodak Berang Terhadap Mutu Pengadilan

JOHOR BAHARU: Ketua jurulatih Johor Darul Takzim (JDT), Bojan Hodak jelas tidak berpuas hati dengan standard pengadilan pada perlawanan pertama peringkat suku akhir Piala FA menentang Pahang di Stadium Larkin, malam Isnin.

Ekoran kekecewaannya dengan cara pengadil Mohd Zohri Tajuddin mengendalikan perlawanan itu, jurulatih dari Croatia itu enggan mengulas perlawanan itu yang berkesudahan seri 1-1.

"Saya tidak mahu beri sebarang kenyataan tentang perlawanan kerana jika saya mengulas, saya akan menyentuh tentang pengadil. Jika saya cakap tentang pengadil, saya akan didenda," katanya yang bercakap dalam masa kurang satu minit semasa ditemu bual pemberita selepas perlawanan itu.

Dengan keputusan seri di gelanggang lawan, hasil jaringan Matias Conti pada minit ke-36, Pahang mempunyai kelebihan apabila menentang JDT di laman sendiri di Stadium Darul Makmur di Kuantan pada 30 Mei.

JDT yang memperoleh mata menerusi pemain import Luciano Figueroa dari Argentina pada minit ke-12 perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan di Kuantan.


JDT, Piala FA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain