suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jaguh Tenis British, Elena Baltacha Meninggal Dunia

BEKAS pemain tenis wanita nombor satu British, Elena Baltacha, meninggal dunia akibat penyakit barah hati pada Ahad.

Baltacha mendedahkan penyakitnya kepada peminat pada Mac lalu iaitu dua bulan sebelum meninggal dunia.

Ketika pendedahan tersebut, jaguh tenis terbabit dengan bersemangat telah berazam untuk melawan penyakitnya.

Gambar terbaharu Elena Baltacha sebelum meninggal dunia.


Bagaimanapun, ejennya pada Ahad mengesahkan bahawa Baltacha, 30, telah meninggal dunia di samping suaminya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, ejennya berkata, "Elena Baltacha, 30, telah meninggal dunia pada 4 Mei kerana barah hati".

"Elena yang mesra dipanggil Bally telah menjalani rawatan barah sejak pertengahan Januari iaitu dua bulan selepas bersara sebagai pemain tenis profesional dan baru beberapa minggu melangsungkan perkahwinan dengan Nino Severino yang merupakan jurulatih serta rakan kongsi.

"Walaupun telah berusaha melawan penyakitnya itu tetapi, Bally meninggal dunia dengan dikelilingi suami serta rakan-rakannya," katanya.

Elena Baltacha bersama suaminya, Nino Severino



   



British, Tenis

Artikel Sebelum

Artikel Lain