suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baiki Kelemahan Segera - Tengku Abdullah

KUANTAN: Pemain skuad hoki negara diminta segera memperbaiki kelemahan dalam tempoh tiga minggu sebelum menghadapi Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda, akhir bulan ini.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) bertitah pasukan negara masih belum berada di tahap yang terbaik dan beberapa kelemahan perlu diatasi menjelang Piala Dunia dari 31 Mei hingga 15 Jun ini.

"Pasukan kita belum 100 peratus mantap dan saya ada buat teguran kepada jurulatih untuk kita perkemaskan pasukan sebelum ke Piala Dunia.

"Bagaimanapun apa yang dapat dilihat, semangat pemain negara kental (dalam Kejohanan Hoki Piala Cabaran Juara-Juara 1 di sini), itu perkara yang positif dan saya berbangga," titahnya.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan seminar kejurulatihan dan pengadilan hoki di sini.

Kejohanan Hoki Piala Cabaran Juara-Juara 1 melibatkan lapan pasukan antarabangsa itu merupakan medan terbaik untuk menguji barisan pemain di bawah dikendalikan jurulatih Muhammad Dharmaraj Abdullah.

Dalam kejohanan itu, Malaysia layak ke separuh akhir dengan menyingkirkan pasukan pilihan New Zealand dengan penentuan penalti 3-2 selepas terikat 4-4.

Bagaimanapun, hasrat Malaysia untuk layak ke final buat pertama kali tidak kesampaian apabila tunduk kepada Kanada 4-5 menerusi penentuan penalti selepas terikat 2-2 pada masa penuh perlawananpada Sabtu.

Hoki, Tengku Abdullah

Artikel Lain