suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arturo Vidal Setuju Jalani Pembedahan Lutut

Arturo Vidal. Foto AFP

MASALAH Arturo Vidal untuk menyertai perlawanan dalam Liga Europa berikutan kecederaan yang dialaminya bakal berakhir. 

Pemain tengah Juventus dan skuad kebangsan Chile dilaporkan akan menjalani pembedahan lututnya.

Vidal mendapat kecederaan itu pada akhir Mac lalu, sejak perlawanan Liga Europa ketika menentang Fiorentina.

Ketika itu kecederaan yang dialaminya tidak begitu serius. Vidal kembali turun padang bagi membantu Juventus mengalahkan Lyon pada Liga Europa 10 April lalu.

Bagaimanapun, Vidal tidak dapat mempamerkan aksi dengan baik. Bahkan beliau hanya bermain sebagai pemain gantian bagi perlawanan Serie A Itali.

Sejak kebelakangan ini, bekas pemain Bayern Leverkusen itu masih merasa kesakitan pada bahagian lututnya.

Menurut Sport Mediaset, Vidal memutuskan untuk membuat pembedahan lutut bagi memulihkan kecederaannya itu.

Keputusan tersebut sebenarnya berisiko buat Vidal apabila beliau merupakan pemain handalan untuk Chile pada Piala Dunia 2014.

Bagaimanapun, Vidal sudah pun mendapat lampu hijau dari jurulatihnya, Jorge Sampaoli, untuk melakukan pembedahan itu.

Keputusan itu dibuat sebelum bermulanya temasya Piala Dunia itu.

Vidal telah membuat 18 jaringan bagi kesemua perlawanan untuk Juventus pada musim ini.

Juventus, Arturo Vidal

Artikel Sebelum

Keputusan Serie A Itali

Artikel Lain