suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Patrick Kluivert Sokong Van Gaal Tempa Kejayaan Di Manchester United

Louis van Gaal (kiri) dan Patrick Kluivert.

PEMBANTU Jurulatih Belanda, Patrick Kluivert menyokong jurulatih pasukan itu, Louis van Gaal untuk menempa kejayaan di Manchester United.

Menurut Kluivert, Van Gaal begitu sesuai dengan peranan sebagai pengurus pasukan di Old Trafford.

Nama Louis van Gaal semakin disebut-sebut akan menjadi pengurus baharu Manchester United.

Pelbagai sokongan diberikan buat jurulatih Belanda itu.

Ini termasuk penolongnya sendiri, Patrick Kluivert.

Menurut Kluivert, Van Gaal merupak calon yang tepat untuk membawa kembali kejayaan Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris.

"Saya fikir beliau belum berkata apa-apapun kerana beliau belum lagi menjadi pengurus Manchester United secara rasmi. Namun, beliau seorang yang layak untuk menguruskan kelab besar itu," kata Kluivert.

"Beliau memiliki banyak kualiti tetapi hal yang paling penting adalah beliau mampu membuatkan pasukan itu bermain dengan lain dan memenangi perlawanan," tambah Kluivert.  

Artikel Lain