suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hafizh Syahrin Mula Petak Ke-26 Moto2 GP Sepanyol

KUALA LUMPUR:  Pelumba Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah hanya mampu mencatat masa ke-26 terpantas dalam sesi kelayakan Moto2 menjelang perlumbaan MotoGP Grand Prix Sepanyol di Litar Jerez.

Hafizh Syahrin mencatatkan masa satu minit 45.386 saat, sekali gus gagal mengulangi pencapaian petak ke-17 pada GP Argentina di Litar Termes de Rio Hondo, minggu lalu.

"Sesi kelayakan hari ini agak sukar, jurang masa di antara pelumba juga begitu rapat. Cuaca yang panas menyebabkan saya sukar untuk melakukan catatan yang lebih baik.

"Cuaca panas turut mengurangkan cengkaman tayar saya dengan permukaan litar sehingga saya juga hampir terjatuh beberapa kali ketika cuba untuk beraksi dengan lebih laju," katanya dalam kenyataan Ahad.

Sementara itu, rakan senegara Azlan Shah Kamaruzaman akan memulakan saingan Moto2 di petak ke-31 selepas terbabit dalam kemalangan.


Artikel Lain