suria

Giggs Puji Van Gaal Yang Mungkin Gantinya Jadi Pengurus Man United

Louis van Gaal (kiri) dan Ryan Giggs (kanan).
TERDAPAT sokongan yang semakin meningkat di dalam pasukan dan di kalangan peminat kelab Manchester United buat Ryan Giggs untuk mengendalikan tugas sebagai pengurus kelab itu secara sepenuh masa.

Bagaimanapun, Manchester United dijangka akan melantik Louis van Gaal apabila bekas jurulatih Belanda itu yang mempunyai pengalaman lebih daripada pemain bola sepak Wales yang belum lagi melengkapkan peperiksaan Lesen Pro UEFA yang melayakkan beliau untuk mengurus sesebuah pasukan.

Tetapi Giggs tidak mempunyai apa-apa selain kata-kata semangat untuk Van Gaal ketika ditanya mengenai potensi pengganti itu.

"Beliau (Van Gaal) mempunyai reputasi yang cemerlang," kata pengurus sementara Manchester United itu.

"Beliau adalah seorang pengurus yang berjaya di negara-negara yang berbeza. Jelas sekali beliau membawa Belanda ke Piala Dunia. Beliau mempunyai pengalaman yang hebat."

Apakah peranan Giggs yang dapat dilihat? Beberapa pilihan terbuka buat Giggs yang bertanggungjawab memulakan musim perlawanannya dengan kemenangan 4-0 ke atas Norwich hujung minggu lalu.

Giggs boleh melatih di bawah Van Gaal, beliau boleh bermain untuk jurulatih Belanda itu atau beliau boleh menduduki jawatan baharu selepas berada di padang di Old Trafford selama 24 tahun.

Pemain tengah itu berkata, beliau tidak akan membuat keputusan mengenai masa depan sehingga akhir musim ini.

"Tumpuan saya adalah pada baki tiga perlawanan dan kemudian saya akan melihat apa yang berlaku pada akhir musim ini," kata Giggs.

"Saya akan memutuskan sekiranya saya mahu bermain atau tidak, jadi tidak perlu fikirkan sama ada mahu menjadi pembantu atau jika saya mahu menjadi seorang pengurus di tempat lain.

"Terdapat banyak perkara yang perlu difikirkan, tetapi itu pada masa akan datang.

"Saya secara jujur ​​tidak tahu (apa yang saya akan lakukan)."

Artikel Lain