suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video: Jangan Salahkan Gerrard - Rodgers

PENGURUS Liverpool, Brendan Rodgers meminta semua pihak tidak menyalahkan Steven Gerrard sebagai punca kekalahan 0-2 kepada Chelsea di gelanggang sendiri pada saingan Liga Perdana Inggeris, malam Ahad.

Hal ini kerana, Rodgers menganggap ketua pasukan itu telah melakukan pelbagai pengorbanan sepanjang musim ini malah sejak dia menjadi pemain Liverpool.

Dalam perlawanan tersebut, Gerrard gagal menahan bola dengan kemas dan tergelincir sebelum penyerang Chelsea, Demba Ba menggunakan peluang itu untuk menjaringkan gol.

Kemenangan Chelsea di penghujung perlawanan disahkan oleh Willian selepas mendapat hantaran Fernando Torres ketika 10 pemain Liverpool leka menyerang.

Kemenangan itu sekaligus meletakkan skuad anak didik Jose Mourinho terpisah dua mata di belakang Liverpool yang dijangka menjuarai Liga Perdana Inggeris.

"Steven adalah pemain yang banyak melonjakkan kelab ini dan insiden tergelincir itu merupakan nasib malang yang memisahkan kami pada separuh masa pertama.

"Anda tidak boleh menyalahkan Steven disebabkan insiden itu sahaja kerana dia telah memainkan peranan penting sepanjang musim ini," jelasnya.

Liverpool, Chelsea, EPL

Artikel Lain