suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jazeman 10 Pelumba Terpantas Di Sepanyol

KUALA LUMPUR: Pelumba muda antarabangsa Malaysia, Jazeman Jaafar, menduduki satu daripada 10 tempat teratas dalam pusingan kedua Siri Formula Renault 3.5 di litar Motorland Aragon, Alcandiz, Sepanyol pada Ahad.

Jazeman, yang berlumba bagi pasukan ISR Racing musim ini, menduduki tempat kesembilan setelah menduduki tempat ke-13 dalam perlumbaan pertama.

Dalam kenyataan hari ini, Jazeman berkata perlumbaan itu sungguh mencabar.

"Ia jauh lebih baik daripada perlumbaan pertama dan saya sungguh gembira kerana dapat meraih lebih banyak mata hujung minggu ini serta menduduki satu daripada 10 tempat teratas.

"Kereta yang sediakan untuk perlumbaan kedua sungguh bertenaga dan saya memanfaatkannya untuk memotong dua kereta lain sebelum tiba di garis penamat.

Pada hujung-hujung perlumbaan, Jazeman berjaya memotong Pietro Fantin dan Norman Nato dan seterusnya menamatkan perlumbaan dengan meraih dua mata.

"Fokus saya sekarang ialah kepada pusingan berikutnya, perlumbaan jalanan di Monaco, yang merupakan perlumbaan sokongan bagi Grand Prix Formula 1 Monaco.


Alcandiz, Sepanyol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pandelela Pungut Gangsa

Artikel Lain