suria

Louis Van Gaal Setuju Jadi Pengurus Baharu Manchester United?

Louis Van Gaal. Foto AFP

JURULATIH pasukan Belanda, Louis van Gaal didakwa bersetuju untuk menjadi pasukan baharu Manchester United bagi menggantikan David Moyes yang dipecat pada Selasa lalu.

Menurut laporan media Belanda, De Telegraaf pada Ahad, ia mendakwa bahawa pelantikan Van Gaal itu akan diumumkan di Old Trafford selepas kempen kelab Belanda dalam Piala Dunia.

Manchester United bagaimanapun belum mengesahkan perjanjian dengan Van Gaal yang didakwa telah dipersetujui itu, tetapi tidak menafikan bahawa bekas jurulatih Ajax, Barcelona dan Bayern Munich itu berkemungkinan bakal memimpin pasukan itu dalam Liga Perdana Inggeris.

Kontrak Van Gaal bersama Belanda tamat selepas berakhirnya Piala Dunia.

"Kami belum menandatangani tentang jurulatih baharu," kata Manchester United dalam satu kenyataan.

"Apabila kami mempunyai sesuatu untuk dilaporkan, kami akan membuat pengumuman," kata pasukan itu lagi.

Pada masa ini, pemain Ryan Giggs menjadi pengurus sementara sehingga berakhirnya musim ini, dan menyaksikan pasukan itu menewaskan Norwich dengan 4-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perancis

Artikel Lain