suria

Safiq Lebih Baik Tanpa Lilitan Kapten

PETALING JAYA: Pemain tengah kebangsaan, Safiq Rahim berjaya membawa peningkatan dalam dirinya setelah memlepaskan tanggungjawab sebagai ketua pasukan negara, kata Datuk Ong Kim Swee.

Safiq diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan negara sejak tahun 2010 ketika skuad kebangsaan beraksi dalam Sukan Asia di Guangzhou berikutan kecederaan yang dialami Norhafiz Zamani Misbah.

Kepercayaan itu terus disandarkan kepadanya selepas Malaysia berjaya memenangi Piala AFF pada tahun sama dibawah pengawasan Safiq.

Safiq yang berusia 26 tahun bagaimanapun dikritik selepas mempamerkan aksi dibawah kemampuan sebenar termasuk dalam saingan Liga Malaysia.

Berikutan itu, sebaik sahaja Kim Swee mengambil alih tugas berkenaan, tanggungjawab sebagai ketua pasukan telah diberikan kepada Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak.

Susulan daripada tindakan tersebut, Safiq dilaporkan telah menunjukkan peningkatan  termasuk merampas kembali posisi tengah pasukan JDT dan beraksi sebagai pemain utama.

"Safiq kini kelihatan tidak tertekan lagi selepas dia melepaskan tugas sebagai ketua pasukan. Malah terdapat peningkatan dalam aksi yang dipamernya.

"Tanpa bebenan sebagai ketua pasukan juga, Safiq lebih tenang untuk mengemudi bahagian tengah dan mencorakkan perlawanan menjadi lebih baik," katanya.

Safiq Rahim, Malaysia

Artikel Berikut

Artikel Lain