suria

Golf Terbuka Malaysia: Westwood Rangkul Gelaran Kedua Selepas 1997

Westwood bersama trofi juara Terbuka Malaysia Maybank.

KUALA LUMPUR: Pemain England, Lee Westwood meneruskanaksi cemerlang untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama dua tahun apabila merangkul Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank 2014.

Westwood, yang mendahului sejak hari pertama, mencengkam penguasaan apabila menamatkan saingan dengan kelebihan tujuh pukulan, sekali gus mengulangi kejayaan menjuarai gelaran itu pada 1997.

 Pusingan akhir di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di Bukit Kiara disini terpaksa ditangguhkan lebih dua jam ekoran hujan lebat.

 Bagaimanapun, keadaan itu tidak mematahkan semangat bekas pemain nombor satu dunia itu untuk melakarkan empat bawah par 68 selepas membuka kempen dengan 65 diikuti 66 dan 71 bagi mengumpul catatan 18 bawah par 270.  

Westwood, yang kini menduduki ranking ke-36 dunia, kali terakhir menjuaraiNordea Masters di Sweden pada 2012.

Ketinggalan jauh di tempat kedua ialah tiga pemain  iaitu Bernd Weisberger (Austria), bekas juara 2012, Louis Oosthuizen (Afrika Selatan) dan pemain Belgium, Nicholas Colsaerts. 

Ketiga-tiga pemain itu berkongsi kedudukan naib juara selepas mengumpul jumlah 11 bawah par 277 dengan masing-masing membawa pulang US$205,066.70(RM664,569). 

"Tinggal di Florida, Amerika Syarikat, telah membuatkan saya melakukan persediaan bagi menghadapi keadaan cuaca di Asia," kata Westwood, pemain berusia 40 tahun itu yang kini tinggal di Palm Beach Garden, Florida. 

Atas kejayaan itu, Westwood menerima hadiah wang tunai US$458,330 (RM1.5juta) dan Trofi Seagram daripada yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

"Saya mula mendapatkan bimbingan jurulatih baharu sejak beberapa minggulepas dan mula merasai hasilnya apabila beraksi dengan baik di Houston dan Masters dan kini di sini," kata Westwood yang pernah mewakili benua Eropah sebanyak lapan kali pada Piala Ryder. 

"Saya sentiasa bangga apabila mewakili Eropah dalam Piala Ryder dan berharap dapat mewakili untuk kali kesembilan," katanya.

Golf, Terbuka Malaysia, Lee Westwood

Artikel Lain