suria

Sukan Komanwel: Isu Hoki Lelaki Tidak Hadir Mesyuarat Sekadar Salah Faham

Zolkples Embong.
KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) menganggap teguran Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong mengenai isu wakil ke mesyuarat pengurus-pengurus pasukan ke Sukan Komanwel pada Isnin sebagai satu salah faham.

"Kekeliruan ini mungkin wujud disebabkan pihak kami (MHC) hanya menghantar pengurus pasukan hoki wanita ke mesyuarat tersebut.

"Namun bagi kami tidak timbul masalah kerana kami (MHC) berada di bawah satu persatuan," kata Mohd Johari.

Penubuhan MHC adalah selaras dengan kehendak Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) yang mahu hanya sebuah badan induk yang berdaftar dan bertanggungjawab terhadap perkembangan hoki lelaki dan wanita di sesebuah negara.

Dalam mesyuarat pengurus-pengurus pasukan ke Sukan Komanwel diadakan pada Isnin, Zolkples menegur pengurusan MHC kerana hanya menghantar pengurus pasukan hoki wanita ke mesyuarat itu.

Zolkples juga melahirkan rasa kesal kerana Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) turut tidak menghantar wakil mereka ke mesyuarat itu.

Katanya mesyuarat itu penting kerana melibatkan semua penggiat sukan termasuk MSN, Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam membincangkan soal pengurusan atlet bagi menghadapi Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland dari 23 Julai hingga 3 Ogos depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain